Thursday 1 December 2011

Tips Blogwalking Yang Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Semenjak aku melanggan P1 Wimax, aku agak rajin untuk blogwalking dan meninggalkan jejak di blog rakan-rakan blogger yang lain. Alhamdulillah, P1 Wimax memang tidak mengecewakan aku sama sekali baik dari segi kelajuan internet mahupun layanan khidmat pelanggan. Apa-apa sahaja masalah yang berlaku, terus aku meninggalkan pesanan di P1 Cares dan beberapa minit kemudian, staff P1 akan membalas pesanan tersebut. Staff P1 memang patut mendapat pujian!

Ehem-ehem, cukup sudah mengenai P1 Wimax. Di entri kali ini, aku akan memberikan TIPS BLOGWALKING YANG BERKESAN khas buat para blogger di luar sana. Istilah blogwalking memang tidak asing lagi buat para blogger. Blogwalking memang terbukti dapat memberi trafik atau pengunjung yang banyak ke blog kita. Tetapi, untuk mencapai trafik yang tinggi melalui blogwalking, ada beberapa tips yang anda perlu amalkan.


1. Komen di entri serta tinggalkan link blog anda
Tinggalkan komen anda mengenai entri yang ditulis oleh blogger terbabit. Harus diingat, komen selepas anda membaca keseluruhan entri. Jangan jadi blogger yang tidak jujur iaitu hanya membaca tajuk dan terus memberikan ulasan. Cuba kita fikir, apakah perasaan kita jika sudah penat lelah menulis entri, orang komen benda yang tak berkaitan langsung dengan entri yang kita tulis! Sudah semestinya kita akan berasa sedih dan bengang bukan?

Selepas anda memberikan ulasan, jangan lupakan untuk sertakan link blog anda sekali. Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana hendak meninggalkan link biru di ruangan komen, caranya mudah sahaja. Guna kod di bawah ini dan ubahsuai sedikit mengikut keperluan.
<a href="http://URLblogANDA"><b>AYATanda</b></a>
Jika anda ternampak sesuatu seperti ini:


Sila hormati apa yang disampaikan oleh penulis blog. Jika mereka kata jangan tinggalkan spam link, makaJANGAN berbuat demikian. Jika anda tidak menghormati blogger lain, maka mereka juga tidak akan menghormati anda. Ingat ye!

Inilah antara tips blogwalking yang berkesan dan selalu sahaja aku pratikkan. 90% dijamin blog anda akan disinggah balik oleh tuan empunya blog. Cuba jangan tak cuba ~~
Tips-tips yang lain akan aku kongsi di entri yang akan datang.
Peace (Y)


2 comments: