Wednesday, 30 November 2011

Karya Mark Twain Di Muka Depan Google Hari Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Google meraikan ulang tahun ke-176 Mark Twain dan gambar yang menghiasi engin carian Google pada hari ini adalah dari episod novel The Adventures of Tom Sawyer sewaktu watak protagonis telah disuruh untuk mengecat pagar.


Siapa Mark Twain?


Mark Twain ialah nama pena yang digunakan oleh Samuel Langhorne Clemens, seorang penulis yang lucu, pengarang novel, serta pensyarah dari Amerika Syarikat yang termasyhur. Karya-karyanya masih disukai ramai sehingga hari ini. Kemahiran Clemens dalam penulisan dan syarahan telah mencipta dan mempopularkan kesusasteraan Amerika Syarikat pada tahapnya yang tersendiri. Pada tahun 1907, beliau dianugerahkan gelaran doktor kehormat LLD (Doctor of Letters) oleh Universiti Oxford.

Walaupun hari jadi ke-176 penulis mungkin kelihatan sebagai satu pencapaian yang agak sembarangan untuk dikenang, namun dia masih seorang tokoh yang dijulang tinggi dalam kesusasteraan Amerika dan menikmati populariti yang kekal sehingga hari ini.

Dilahirkan pada 30 November 1835 di bandar Florida, Missouri, Twain menulis novel The Adventures of Tom Sawyer pada tahun 1876 dan diikuti dengan sekuelnya, The Adventures of Huckleberry Finn pada tahun1885. Kedua-dua novel ini adalah karya beliau yang paling terkenal dan di antara cerita-cerita dongeng yang paling disayangi di Amerika.



Adegan dari The Adventures of Tom Sawyer yang dipilih oleh Google untuk menyambut ulang tahun kelahiran penciptanya itu menunjukkan Tom sedang mengecat pagar sebagai hukuman kerana mengotorkan pakaian Mak Cik Polly ketika Tom sedang bergaduh dengan kanak-kanak lelaki dari St Louis.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mark Twain, boleh rujuk di Wikipedia.

sumber - http://www.zakwanzain.com/ :D puas ?



No comments:

Post a Comment